“Lebaran itu hari kemenangan, justeru kejayaannya perlu disambut dengan penuh kegembiraan…” Demikian pendapat pendapat Syukri Munardi, salah seorang penggerak Partai Pemuda Pancasila yang sedang menghias pentas Pertandingan Beduk Lebaran deDeli Serdang ketika ditemui Editor 666.
Hari Raya memang disambut meriah di Indonesia saban tahun. Pulau Sumatera, Indonesia tidak terkecuali dalam kemeriahan ini. Dari hujung Bandar Bangkahuni, Lampung hingga Tanjung Bau , Sabang, Aceh seluruh masyarakat Islamnya menyambut kehadiran Lebaran dengan kegembiraan yang meluap-luap.
Polonia : Bandara (lapangan terbang internasional) lama di Medan. Sekarang sudah berpindah di Kualanamu, Sumatera Utara.
Situasi Ramadhan di Sumatera tidak jauh berbeza berbanding hari-hari biasa. Kecuali Propinsi Sumatera Barat dan Aceh, kedai-kedai makan dibuka seperti kelaziman. Tidak keterlaluan jika penulis menyatakan disini tidak terdapat perbezan nyata antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Hanya sebahagian kedai makan ditutup siang hari. Sebahagiannya ditutup separuh dibuka semula menjelang waktu tengahari. Di Aceh undang-undang Islamiyah yang ketat anjuran Gerakan Aceh Merdeka (GAM) menakutkan peniaga untuk membuka premis perniagaan disiang hari bulan Ramadhan. Sementara di Sumatera Barat, adat setempat yang dipegang sejak turun temurun meletakkan perbuatan makan disiang hari atau membuka premis perniagaan makanan disiang hari bulan Ramadhan sebagai satu perbuatan hina, menyebabkan suasana ‘puasa’ dapat dirasakan disana.
Editor 666 cuba bersembang soal ini pada Kiyai Haji Sarguman yang menjadi Naib Kadhi diDeli Serdang, Medan berkaitan hal ini. Dengan nada mengeluh beliau menjawab “Seharusnya yah! Begitulah. Memang sukar sekali untuk melaksanakan undang-undang Islam sebagaimana Malaysia. Disana saya perkirakan satu kaum satu agama, namun disini satu suku berbilang agama, justeru kuatkuasa undang-undang amat sukar sekali dilaksanakan…”Polonia : Bandara (lapangan terbang internasional) lama di Medan. Sekarang sudah berpindah di Kualanamu, Sumatera Utara.
Situasi Ramadhan di Sumatera tidak jauh berbeza berbanding hari-hari biasa. Kecuali Propinsi Sumatera Barat dan Aceh, kedai-kedai makan dibuka seperti kelaziman. Tidak keterlaluan jika penulis menyatakan disini tidak terdapat perbezan nyata antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Hanya sebahagian kedai makan ditutup siang hari. Sebahagiannya ditutup separuh dibuka semula menjelang waktu tengahari. Di Aceh undang-undang Islamiyah yang ketat anjuran Gerakan Aceh Merdeka (GAM) menakutkan peniaga untuk membuka premis perniagaan disiang hari bulan Ramadhan. Sementara di Sumatera Barat, adat setempat yang dipegang sejak turun temurun meletakkan perbuatan makan disiang hari atau membuka premis perniagaan makanan disiang hari bulan Ramadhan sebagai satu perbuatan hina, menyebabkan suasana ‘puasa’ dapat dirasakan disana.
Beliau menerangkan pada penulis bagaimana didalam negara mereka terdapat berbilang suku seperti suku Batak, Melayu Deli, Jawa Dan Aceh. Suku-suku itu pula mengamalkan agama berbilang seperti Islam, Protestant, Keristian dan Hindu. Situasi ini tentunya menyukarkan Department Agama untuk mendominasi perundangan Syiar Islam diIndonesia..."
Bagaimanapun ketibaan Ramadhan dapat dirasakan dengan siaran media yang melebihkan siaran berbentuk keagamaan, dentuman mercun dan kesibukan jualan membeli belah juadah berbuka menjelang waktu senja. Namun suasana ‘berpuasa di siang hari’ sukar diwujudkan. Merokok, makan dan minum dikhalayak ramai masih tetap berjalan seperti biasa, tidak ubah seperti hari-hari selain bulan Ramadhan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan