Sarapan pagi di terminal bas Batu Pahat sebelum menaiki bas dari Batu Pahat ke Melaka
Kami (saya, isteri dan anak lelaki berusia 10 tahun waktu itu) memulakan perjalanan dengan menaiki bas berhenti-henti (Coastal) dari Kg Belahan Tampok ke Batu Pahat. Kemudian dari Terminal Bas Awam Batu Pahat ke Bandaraya Melaka Bersejarah kami menaiki bas ekpress (Orchid Ekpress).
Boringnya... terlepas feri! Terpaksa menunggu feri ke Bengkalis jam 1.30 tengahari
Sampai di Pelabuhan Melaka kami rasa sedikit kecewa kerana feri Melaka - Dumai telah bertolak meninggalkan kami.... Kami hanya berpandu pada jadual perjalanan lama perkhidmatan feri tersebut yang bertolak jam 11.30 pagi. Rupanya jadual perkhidmatan feri Melaka ke Dumai sudah lama berubah. Feri hanya bertolak 1 kali sehari iaitu jam 10.00 setiap pagi sedangkan kami sampai jam 10.45 pagi. Situasi tersebut mengaar kami agar sentiasa mendapatkan perkembangan terkini ketika menyusun jadual perjalanan ke mana-mana destnasi.
Dah lama teringin nak masuk, tak sempat...
ada hikmah juga tertinggal feri, dapat melawat Muzium Kastan, Melaka.
Penumpang tengahari itu tdaklah begitu ramai dan feri dari Melaka ke Pulau Bengkalis bertolak jam 1.42 tengahari. Destinasi tujuan kami adalah Pelabuhan Bengkalis, Indonesia.
Berfoto sebentar setelah tiba di Terminal Feri Antarabangsa Bengkalis, Pulau Bengkalis, Indonesia.
Setelah sampai di Bengkalis kami di bawa menaiki bas merentasi Pulau Bengkalis menuju ke terminal feri Sungai Pekning. Feri penumpang dan pengangkut kenderaan disitu merupakan satu-satunya perkhidmatan feri yang menghubungkan Pulau Bengkalis dengan Tanah Besar Pulau Sumatera.
Feri merentasi Selat Pekning setinggi 3 tingkat ini menempatkan kenderaan di lantai 1,
penumpang dan kantin di lantai 2 dan ruang terbuka di tingkat 3 (tempat saya berdiri ) membolehkan penumpang melihat pemandangan sekitar.
penumpang dan kantin di lantai 2 dan ruang terbuka di tingkat 3 (tempat saya berdiri ) membolehkan penumpang melihat pemandangan sekitar.
Pemandangan di tingkat 3 Feri merentasi Selat Pekning. konsep penghijauan bumi tetap dilaksanakan berdasarkan minat ( anak bawaan kapal / ABK ) di feri tersebut biarpun saban
hari belayar merentasi lautan.
Pemandangan dari dek penumpang : pantai Pulau Bengkalis ini juga tidak terlepas
dari masaalah hakisan pantai.
Setelah sampai di Pelabuhan Selat Pakning kami menaiki kenderaan Inova yang menyedia khidmat sewa untuk penumpang dengan bayaran Rp 60,000 ( +- RM 20) seorang menuju Pekan Dumai. Jenuh juga mahu menyampaikan Pekan Dumai. Sekitar tiga jam perjalanan merentasi hutan berbukit bukau dengan jalan bagai ular dipalu. Bagaimanapun kelihatannya sebahagian jalan di situ sudah dalam proses naik taraf dan berturap. Jika berpeluang mengikuti jalan tersebut buat kali kedua mungkin tidak sesukar perjalanan pertama ini.
Antara foto sekitar perjalanan yang sempat kami rakam dalam perjalanan menuju Dumai.
Kami sampai ke Pekan Dumai kira-kira jam 10.00 WIB ( jam 11.00 malam waktu Malaysia). Inova yang kami sewa membantu kami ke beberapa terminal bas untuk mencari perkhidmatan bas menuju jurusan Pulau Jawa. Malangnya malam itu tiada lagi bas yang menuju arah Pulau Jawa kerana perkhidmatan bas yang paling akhir berlepas jam 8.00 malam tersebut.
Salah satu agensi perjalanan yang kami temui menawarkan ruang rehat untuk menginap malam itu sehingga tempoh bas berlepas keesokan paginya. Selain kami terdapat juga beberapa penumpang lain yang berada dalam ruangan tersebut dengan jurusan yang berbeza-beza. Sebahagiannya datang waktu tengah malam. Rupanya sudah menadi kelaziman bagi masyarakat di kawasan tersebut yang hendak berangkat jauh datang lebih awal dan bermalam di ruang rehat yang tersedia sebelum berangkat dengan bas-bas yang ditempah untuk hari berikutnya.
Untuk melanjutkan perjalanan darat kami kali ini kami memilih perkhidmatan bas dari Perkhidmatan Bas Syarikat Handoyo. Sekitar jam 10.00 WIB bas bertolak meninggalkan pekan Dumai menuju ke Pekanbaru, sebuah kota di tengah-tengah Pulau Sumatera yang menjadi ibu negeri Propinsi Riau. Dari sebalik cermin kami dapat melihat banyak saluran paip besar di kiri dan kanan jalan. Saluran paip tersebut menyalurkan bekalan minyak dari Pelabuhan Dumai ke loji penapisan yang terletak agak jauh ke darat dari Pelabuhan dan bandar Pelabuhan Dumai.
Dari Pekanbaru, kami meneruskan perjalanan merentasi Provinsi Jambi, Sumatera Selatan dan Lampong. Lampong merupakan provinsi paling hujung di selatan Pulau Sumatera. Untuk ke pulau berikutnya (Pulau Jawa) kenderaan kami perlu mamasuki feri yang terdapat di Pelabuhan Bangkahuni untuk kami menyeberangi Selat Sunda dan mendarat di Pelabuhan Merak, Pulau Jawa.
Beberapa rakaman foto yang sempat saya abadikan sebelum bas kami memasuki perut feri untuk menyeberangi Selat Sunda.
Feri 5 tingkat yang boleh menempatkan dua tingkat kenderaan dan lebih seribu penumpang sekali perjalanan....
Terdapat bahagian ekonomi untuk menempatkan penumpang feri dengan percuma. Tetapi kami memilih untuk memasuki ruangan lesehan santai yang berhawa dingin dengan bayaran Rp6,000 seorang (anggaran RM 2.00)
Setelah sampai di Pelabuhan Merak (bererti kami sudah berada di lokasi barat Pulau Jawa) kami meneruskan perjalanan menuju ke Jawa Timur yang terletak di bahagian paling hujung Pulau Jawa.
Antara foto-foto rakaman perjalanan di Pulau jawa setelah menyeberangi Selat Sunda menggunakan feri . Lawatan sekitar kota Cirebon, Pulau Jawa;
Antara foto-foto rakaman perjalanan menjelajah Pulau Jawa. Foto lawatan sekitar kota Kudus, Indonesia;
Selepas menginap satu malam di Penginapan Kota Kudus kami menyambung perjalanan menuju ke Jawa Timur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan