Khamis, 26 Februari 2015

DARI BENGKALIS KE SURABAYA

Setelah merasai pengalaman menaki pesawat komersial, kapal laut dan kereta api kami mengambil keputusan untuk mencari pengalaman baru, mengguna pengangkutan awam darat di negara tetangga Indonesia pada perjalanan kali ini. Ternyata perjalanan selama 10 hari yang kami lalui menambah banyak pengalaman baru dalam kehidupan. Seronok, cemas, marah, senyum dan pelbagai reaksi dialami dalam perjalanan merentasi Pulau Sumatera ke Pulau Jawa  tersebut. Berbeza dengan perjalanan merentasi semenanjung Malaysia  (Johor Bahru - Rantau Panjang) yang mengambil masa lebihkurang 14 jam menggunakan  khidmat bas ekpress,  perjalanan antar lintas   (merentasi) Sumatera (dari Pekanbaru, Riau) ke Jawa Timur  (Surabaya) memerlukan masa 5 hari 5 malam.


                  Sarapan pagi di terminal bas Batu Pahat sebelum menaiki bas  dari Batu Pahat  ke Melaka

Kami (saya, isteri dan anak lelaki berusia 10 tahun waktu itu) memulakan perjalanan dengan menaiki bas berhenti-henti (Coastal) dari Kg Belahan Tampok ke Batu Pahat. Kemudian dari Terminal  Bas Awam Batu Pahat ke Bandaraya Melaka  Bersejarah kami menaiki bas ekpress (Orchid Ekpress).  



Boringnya... terlepas feri! Terpaksa menunggu feri ke Bengkalis jam 1.30 tengahari

Sampai di Pelabuhan Melaka kami  rasa sedikit kecewa kerana feri Melaka - Dumai telah bertolak meninggalkan kami....  Kami hanya berpandu pada jadual perjalanan lama perkhidmatan feri tersebut yang bertolak jam 11.30 pagi.  Rupanya jadual perkhidmatan feri Melaka ke Dumai  sudah lama berubah. Feri hanya bertolak 1 kali sehari iaitu jam 10.00 setiap pagi  sedangkan kami sampai jam 10.45 pagi. Situasi tersebut mengaar kami agar sentiasa mendapatkan perkembangan terkini ketika  menyusun jadual perjalanan ke mana-mana destnasi.


Dah lama teringin nak masuk, tak sempat... 
ada hikmah juga tertinggal feri, dapat melawat Muzium Kastan, Melaka.
Gagal bertolak ke Dumai kami beralih ke Plan B, menggunakan khidmat feri dari Pelabuhan Melaka ke Bengkalis yang akan bertolak jam 1.30 tengahari. Jadi masa terluang lebih kurang 2 jam menanti ketibaan feri tidak kami sia-siakan. Dengan beralan kaki kami  melihat-lihat lokasi menarik sekitar pelabuhan  Antarabangsa Melaka. Lokasi pilihan kami pada tengahari tersebut ialah Muzium Kastam.

Penumpang tengahari itu tdaklah begitu ramai  dan feri dari Melaka ke Pulau Bengkalis bertolak jam  1.42 tengahari.  Destinasi tujuan  kami adalah Pelabuhan  Bengkalis, Indonesia. 

Berfoto sebentar  setelah tiba di Terminal  Feri  Antarabangsa Bengkalis,  Pulau Bengkalis, Indonesia.

Setelah sampai di Bengkalis kami di bawa menaiki bas merentasi Pulau Bengkalis menuju ke terminal feri Sungai Pekning. Feri penumpang dan pengangkut kenderaan disitu merupakan satu-satunya  perkhidmatan feri yang menghubungkan Pulau Bengkalis dengan Tanah Besar Pulau Sumatera.



Feri  merentasi Selat Pekning setinggi 3 tingkat ini menempatkan kenderaan di lantai 1, 
penumpang dan kantin di lantai 2 dan ruang terbuka di tingkat  3 (tempat saya berdiri ) membolehkan penumpang melihat pemandangan sekitar.


Pemandangan  di tingkat 3 Feri  merentasi Selat Pekning. konsep penghijauan bumi tetap dilaksanakan berdasarkan minat  ( anak bawaan kapal / ABK ) di feri tersebut  biarpun saban  
hari belayar  merentasi lautan.




                 Pemandangan dari dek penumpang : pantai Pulau Bengkalis ini juga tidak terlepas  
                                                         dari  masaalah  hakisan  pantai.



Setelah sampai di Pelabuhan Selat Pakning kami menaiki  kenderaan Inova yang menyedia khidmat sewa untuk penumpang dengan bayaran Rp 60,000 ( +- RM 20) seorang menuju Pekan Dumai. Jenuh juga mahu menyampaikan Pekan Dumai. Sekitar tiga jam perjalanan  merentasi hutan berbukit bukau dengan jalan bagai ular dipalu. Bagaimanapun kelihatannya sebahagian jalan di situ sudah dalam proses naik taraf dan berturap. Jika berpeluang mengikuti jalan tersebut buat kali kedua mungkin tidak sesukar perjalanan pertama ini.



  Antara foto sekitar perjalanan yang sempat kami rakam dalam perjalanan menuju Dumai.

Kami sampai ke Pekan Dumai kira-kira  jam 10.00 WIB ( jam 11.00 malam waktu Malaysia). Inova yang kami sewa membantu kami ke beberapa terminal bas untuk mencari  perkhidmatan  bas menujjurusan Pulau  Jawa. Malangnya malam itu tiada lagi bas yang menuju arah Pulau Jawa  kerana perkhidmatan bas yang paling akhir berlepas  jam 8.00 malam  tersebut. 


Salah satu agensi perjalanan yang kami temui  menawarkan ruang rehat untuk menginap malam itu sehingga tempoh bas berlepas keesokan paginya. Selain kami terdapat  juga beberapa penumpang lain yang berada dalam ruangan tersebut dengan  jurusan yang berbeza-beza. Sebahagiannya datang waktu tengah malam. Rupanya sudah  menadi  kelaziman bagi masyarakat di kawasan tersebut yang hendak berangkat  jauh datang lebih awal dan bermalam di ruang rehat yang tersedia sebelum berangkat  dengan bas-bas yang ditempah untuk hari berikutnya.

Untuk melanjutkan perjalanan darat kami kali ini kami memilih perkhidmatan bas dari Perkhidmatan Bas Syarikat Handoyo. Sekitar jam 10.00 WIB bas bertolak meninggalkan pekan Dumai menuju ke Pekanbaru, sebuah kota di tengah-tengah Pulau Sumatera yang menjadi ibu negeri Propinsi Riau. Dari sebalik cermin kami dapat melihat banyak saluran paip besar di kiri dan kanan jalan. Saluran paip tersebut menyalurkan bekalan minyak dari Pelabuhan Dumai ke loji penapisan yang terletak agak jauh ke darat dari Pelabuhan dan bandar Pelabuhan Dumai.  


Dari Pekanbaru, kami meneruskan perjalanan merentasi Provinsi Jambi, Sumatera Selatan dan Lampong.  Lampong merupakan provinsi paling hujung  di selatan Pulau Sumatera. Untuk ke pulau berikutnya (Pulau Jawa) kenderaan kami perlu mamasuki feri yang terdapat di Pelabuhan Bangkahuni untuk kami  menyeberangi Selat Sunda dan mendarat di Pelabuhan Merak, Pulau Jawa.  




Beberapa rakaman foto yang sempat saya abadikan sebelum bas kami memasuki perut feri untuk menyeberangi  Selat Sunda.




Feri  5 tingkat yang boleh menempatkan dua tingkat kenderaan dan lebih seribu penumpang sekali  perjalanan....

Terdapat bahagian ekonomi untuk menempatkan penumpang feri dengan percuma. Tetapi kami memilih untuk memasuki ruangan lesehan santai yang berhawa dingin dengan bayaran Rp6,000 seorang (anggaran RM 2.00)

Setelah sampai di Pelabuhan Merak  (bererti kami sudah berada di lokasi barat Pulau Jawa) kami meneruskan perjalanan menuju ke Jawa Timur yang terletak di bahagian paling hujung Pulau Jawa.

Antara foto-foto rakaman perjalanan di Pulau jawa setelah menyeberangi Selat Sunda menggunakan feri . Lawatan  sekitar kota Cirebon, Pulau Jawa;











Antara foto-foto rakaman perjalanan menjelajah  Pulau  Jawa. Foto lawatan  sekitar kota Kudus, Indonesia;







Selepas menginap satu malam di Penginapan Kota Kudus kami menyambung perjalanan menuju ke Jawa Timur... 





Isnin, 30 Januari 2012

MINUMAN GRATIS @ PERCUMA SAMBIL JALAN-JALAN CARI MAKAN

BAKSO  MEDAN  DI MALAYSIA



"Pengalaman adalah guru paling berkesan dalam hidup dalam kehidupan". Ungkapan ini tidak dapat dinafikan lagi. Tanpa melalui liku suka-duka, pahit-maung, sedih-pilu pengalaman adalah sukar untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu resepi yang menepati citarasa pelbagai bangsa dalam masyarakat...
Setelah meninjau beberapa lokasi menarik sekitar nusantara keluarga kami cuba mencipta beberapa resepi menarik yang boleh diterima lidah pelbagai keturunan dan rupa bangsa.

Sebagai penghargaan dan terima kasih pada sokongan ramai terhadap perniagaan kami yang bertapak sejak tahun 2000 hingga sekarang, kami sediakan minuman ais percuma sebagai penghilang dahaga sambil menunggu pesanan setiap hari. Sumbangan kecil ini kami sediakan sebagai tanda kemesraan pelanggan yang sudi datang dari dekat dan jauh silatulrahmi bersama kami.  (minuman percuma ini tersedia setiap hari di warong utama di Kg Belahan Tampok sahaja).





Lokasi kami ialah :
warong bakso Medan 
Kampung Belahan Tampok, 
(bersebelahan Masjid Jamik Darul Sakinah)
83100 Rengit, Batu Pahat,  Johor Darul Ta'zim.

Cawangan baru kami di Daerah Pontian:
Warong bakso Medan
( bersebelahan  kedai telefon OPPO )
67, Simpang 4, Kg Parit Betak,
82200 Benut, Pontian,
Johor Darul Ta'zim.

Untuk yang berminat dan belum sempat datang boleh layari : http://baksomedan.blogspot.com/ 

video2 menarik kami di youtube :  https://www.youtube.com/watch?v=KbRPf9V5rBs
                                          https://www.youtube.com/watch?v=iD51fpOPxzw
                                          https://youtu.be/S8rJWNgzMtM
                                          https://youtu.be/Taah_E30a-0
                                          https://youtu.be/AAyN55tiNqU
                                          https://youtu.be/5qMfQ-ZsCMU
                                          https://youtu.be/C48e3FqVHW0
                                          https://youtu.be/pviso1l13oA
                                          https://youtu.be/KbRPf9V5rBs


Selasa, 29 September 2009

MALAM LEBARAN DI MEDAN


Malam Lebaran merupakan malam yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat. Kemeriahan dan kegirangan terserlah sepanjang malam hingga ke Subuh. Takbir Hari Raya berkumandang dari corong-corong masjid dan musolla bermula selepas maghrib hingga kepagi. Bergilir ganti para kariah masjid menghidupkan suasana malam dengan takbir. Disetiap Masjid Jamik pula mengadakan ‘Pertandingan Beduk Lebaran’. Dalam acara ini setiap masjid dikehendaki menghantar satu pasukan untuk acara nasyid dan takbir. Biasanya setiap pasukan datang berjalan kaki dari masjid mereka ke Masjid Jamik tersebut. Sambil berjalan mereka bertakbir dengan iringan pukulan beduk yang dibawa. Suasana kumpulan takbir beramai-ramai ini menghidupkan suasana malam lebaran disepanjang lorong bandar, kampung dan desa. Kemeriahan Syawal jelas terserlah.
Jalanraya dipenuhi oleh lori besar dan kecil membawa manusia mengelilingi Bandar dan kota. Siapa-siapa boleh turut serta, naik dan turun sepanjang perjalanan lori. Dengan beduk dipalu ssepanjang jalan Mereka bertakbir dan berselawat. Kecil besar, tua muda masing-masing bertakbir dengan gaya dan rentak nada sekata. Yang tidak turut serta menaiki lori meniup terompet kertas sepanjang jalan. Terompet kertas bersampul sampul aluminium berkilat itu tentunya menghasilkan pendapatan lumayan kepada peniaga sepanjang malam lebaran.
Kemuncak sambutan malam lebaran berakhir apabila pagi menjelang. Namun suasana tua muda kecil besar seisi keluarga datang ke masjid menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri diIndonesia pastinya sukar ditandingi. Dalam keadaan seluruh warga turun kemasjid, belum pasti mereka dapat menunaikan solat didalam masjid. Masing-masing sudah bersedia, membawa sejadah dan tikar dari rumah. Sebelum solat Aidil Fitri Imam akan membacakan dengan terperinci jumlah pungutan zakat, jumlah penerima zakat dan jumlah baki wang zakat diserahkan keDepartmen agama.
Bagi yang pernah mengikuti Kemeriahan Malam Lebaran tentunya tidak akan melupakannya sepanjang kehidupan. Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya, lain tempat lain adatnya. Itulah kesimpulan yang dapat editor 666 dapat gambarkan berhubung sambutan hari lebaran diMedan, Sumatera...

Isnin, 28 September 2009

BERPUASA DI SUMATERA



“Lebaran itu hari kemenangan, justeru kejayaannya perlu disambut dengan penuh kegembiraan…” Demikian pendapat pendapat Syukri Munardi, salah seorang penggerak Partai Pemuda Pancasila yang sedang menghias pentas Pertandingan Beduk Lebaran deDeli Serdang ketika ditemui Editor 666.
Hari Raya memang disambut meriah di Indonesia saban tahun. Pulau Sumatera, Indonesia tidak terkecuali dalam kemeriahan ini. Dari hujung Bandar Bangkahuni, Lampung hingga Tanjung Bau , Sabang, Aceh seluruh masyarakat Islamnya menyambut kehadiran Lebaran dengan kegembiraan yang meluap-luap.

Polonia : Bandara (lapangan terbang internasional) lama di Medan. Sekarang sudah berpindah di Kualanamu, Sumatera Utara.

Situasi Ramadhan di Sumatera tidak jauh berbeza berbanding hari-hari biasa. Kecuali Propinsi Sumatera Barat dan Aceh, kedai-kedai makan dibuka seperti kelaziman. Tidak keterlaluan jika penulis menyatakan disini tidak terdapat perbezan nyata antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Hanya sebahagian kedai makan ditutup siang hari. Sebahagiannya ditutup separuh dibuka semula menjelang waktu tengahari. Di Aceh undang-undang Islamiyah yang ketat anjuran Gerakan Aceh Merdeka (GAM) menakutkan peniaga untuk membuka premis perniagaan disiang hari bulan Ramadhan. Sementara di Sumatera Barat, adat setempat yang dipegang sejak turun temurun meletakkan perbuatan makan disiang hari atau membuka premis perniagaan makanan disiang hari bulan Ramadhan sebagai satu perbuatan hina, menyebabkan suasana ‘puasa’ dapat dirasakan disana.

Editor 666 cuba bersembang soal ini pada Kiyai Haji Sarguman yang menjadi Naib Kadhi diDeli Serdang, Medan berkaitan hal ini. Dengan nada mengeluh beliau menjawab “Seharusnya yah! Begitulah. Memang sukar sekali untuk melaksanakan undang-undang Islam sebagaimana Malaysia. Disana saya perkirakan satu kaum satu agama, namun disini satu suku berbilang agama, justeru kuatkuasa undang-undang amat sukar sekali dilaksanakan…”
Beliau menerangkan pada penulis bagaimana didalam negara mereka terdapat berbilang suku seperti suku Batak, Melayu Deli, Jawa Dan Aceh. Suku-suku itu pula mengamalkan agama berbilang seperti Islam, Protestant, Keristian dan Hindu. Situasi ini tentunya menyukarkan Department Agama untuk mendominasi perundangan Syiar Islam diIndonesia..."

Bagaimanapun ketibaan Ramadhan dapat dirasakan dengan siaran media yang melebihkan siaran berbentuk keagamaan, dentuman mercun dan kesibukan jualan membeli belah juadah berbuka menjelang waktu senja. Namun suasana ‘berpuasa di siang hari’ sukar diwujudkan. Merokok, makan dan minum dikhalayak ramai masih tetap berjalan seperti biasa, tidak ubah seperti hari-hari selain bulan Ramadhan.